KUALA LUMPUR: Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mempersoalkan tahap keselamatan murid di sekolah berikutan kes kematian yang semakin kerap berlaku di premis berkenaan. Persoalan itu dibangkitkan ketika mencelah Sesi Perbahasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengenai Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 (Belanjawan 2026) di Dewan Rakyat, hari ini. Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu mendedahkan kes baharu melibatkan kematian seorang murid berumur 10 tahun di…