Sindiket edar ganja, bunga ganja RM5.9 tumpas

Sindiket edar ganja, bunga ganja RM5.9 tumpas

Bunga ganja
HUSSEIN Omar Khan menunjukkan dadah jenis bunga ganja yang dirampas dalam sindiket pengedaran di sekitar Selangor bernilai RM5.9 Juta, pada sidang akhbar dekat IPK Selangor, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kegiatan sindiket pengedaran bunga ganja yang aktif sejak dua bulan lalu tumpas apabila tujuh individu ditangkap bersama rampasan bernilai RM5.9 juta di sekitar Selangor, baru-baru ini.

Bagi mengaburi pihak berkuasa, sindiket terbabit menyewa rumah teres untuk dijadikan stor penyimpanan dadah sebelum ia diedarkan di pasaran tempatan dan luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerusi hasil risikan dan maklumat awam melakukan empat serbuan dalam Operasi (Op) Sungkai antara 3 hingga 5 Oktober lalu.

Menurutnya, operasi khas berterusan itu membawa kepada penahanan individu tempatan terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berusia 25 hingga 41 tahun.

“Serbuan pertama di sebuah rumah di Subang Jaya melibatkan penahanan tiga suspek dan merampas 115 bungkusan berisi bunga ganja seberat 112 kilogram (kg) serta ketulan mampat ganja seberat 4.72 kg.

“Dalam serbuan kedua, dua lelaki ditahan dekat tepi jalan di Petaling Jaya dengan rampasan 12 bungkusan bunga ganja dalam sebuah Perodua Alza,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Jelas Hussein, pihaknya kemudian menahan seorang lelaki dan wanita dekat sebuah hotel di Selayang dan merampas dua bungkusan bunga ganja seberat 2.1 kg.

“Susulan tangkapan itu, polis menyerbu parkir sebuah kondominium di Petaling Jaya dan merampas 40 lagi bungkusan bunga ganja.

”Keseluruhan rampasan dadah berjumlah 173.14 kg dengan nilai pasaran dianggarkan RM5.9 juta dan boleh digunakan oleh 263,000 penagih,” ujarnya.

Jelasnya, kesemua suspek antaranya berperanan sebagai penerima, penghantar bekalan dadah, ‘transporter’ dan teman wanita suspek.

“Semakan mendapati empat daripada mereka memiliki rekod jenayah lampau namun saringan air kencing semua suspek negatif dadah.

“Mereka direman antara 4 hingga 19 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Tambah Hussein, tindakan turut dilakukan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan keseluruhan sitaan berjumlah RM129,000 melibatkan sebuah Honda HRV dan Perodua Ativa.

“Polis sedang giat mengesan saki baki sindiket yang bebas termasuk lapisan atas atau dalang kegiatan itu,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN