KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) merancang memperkenalkan Tabika Kemas khas untuk kanak-kanak autisme mulai tahun depan bagi memastikan golongan itu mendapat pendidikan awal yang sesuai dan inklusif. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan bekerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam membangunkan modul kurikulum khas untuk pelaksanaan program tersebut. Katanya, langkah itu merupakan satu transformasi baharu dalam pendidikan…










