MELAKA: Pasangan suami isteri yang dipercayai dalang utama ‘Geng Abang Wan’ merekrut dua pelajar sekolah untuk melakukan kegiatan curi motosikal di sekitar negeri ini. Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pasangan terbabit antara 12 individu berusia 13 hingga 46 tahun yang diberkas menerusi Op Pintu dan OP Lejang Khas 2025 dari 22 hingga 28 September lalu. “Suami isteri itu dipercayai merekrut dua remaja lelaki masing-masing berusia 13 dan 15…