PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menunggu keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) sama ada perlu meneruskan pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, keputusan pertuduhan adalah tertakluk kepada jabatan berkenaan. Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya telah pun berjaya melaksanakan tindakan pemulihan aset melibatkan Ismail Sabri. “Saya hanya menunggu daripada Peguam Negara sama ada kes itu perlu diteruskan untuk menuduh atau…