Sindiket tipu beli alat ganti kenderaan tumpas

Sindiket tipu beli alat ganti kenderaan tumpas, rampasan lebih RM100,000

YAHAYA Othman (tengah) menunjukkan barang kes alat ganti kereta dan jentera berat dalam sidang akhbar di Balora Mastika di Maran, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang menumpaskan sindiket penipuan pembelian alat ganti kenderaan dan jentera berat dikenali sebagai fly-by-night yang menyebabkan kerugian hampir RM280,000, melibatkan tiga daerah utama di negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejayaan itu hasil risikan dan operasi khas yang dijalankan di sekitar Cheras dan Semenyih, Selangor pada 29 September lalu, susulan beberapa laporan polis diterima dari daerah Maran, Jerantut dan Bentong.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, sindiket aktif sejak Ogos lalu dengan kes pertama dikesan di Bandar Jengka, Maran pada 23 September diikuti Jerantut (24 September) dan kes ketiga di Bentong pada 27 September.

“Dalam ketiga-tiga kes itu, modus operandinya sama iaitu suspek menyamar sebagai pembeli dan menghantar resit bayaran palsu selepas membuat pesanan alat ganti melalui panggilan telefon atau aplikasi media sosial,” katanya dalam sidang akhbar di Balora Mastika, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, di sini hari ini.

Menurut Yahaya, hasil serbuan itu, polis menahan dua lelaki iaitu seorang warga Pakistan dan seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun, dipercayai pekerja yang menjalankan urusan pembelian serta penghantaran bagi pihak dalang utama sindiket.

“Dua suspek pertama ini hanya pekerja kepada pihak tertentu dan bukan pemilik mana-mana kedai atau syarikat terlibat. Mereka sekadar menerima arahan dan upah untuk menguruskan penghantaran barangan,” katanya.

Siasatan seterusnya membawa kepada empat lagi tangkapan susulan yang dilakukan JSJK Selangor, membabitkan beberapa individu dipercayai pembekal atau pengendali logistik yang membantu melancarkan urusniaga palsu berkenaan.UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN