Sime Darby Property lancar KLGCC Mall dengan kadar penghunian 90 peratus

Sime Darby Property lancar KLGCC Mall dengan kadar penghunian 90 peratus

LEMBAGA pengarah dan pasukan pengurusan Sime Darby Property menyaksikan persembahan tarian singa sebagai sebahagian daripada sambutan pembukaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) melancarkan prapembukaan Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) Mall dengan kadar penghunian 90 peratus.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property, Datuk Seri Azmir Merican berkata, ia sekali gus mengukuhkan ekosistem KLGCC sebagai destinasi gaya hidup dan runcit baharu.

“KLGCC Mall mencerminkan pendekatan Sime Darby Property dalam memperkukuh sumber pendapatan berulang melalui pembangunan aset berkualiti yang berteraskan komuniti.

“Dengan 90 peratus ruang runcit telah disewa, ini membuktikan keyakinan penyewa terhadap kemampuan kami untuk menyampaikan pengalaman runcit yang terancang.

“Ini sekali gus memberi tumpuan kepada komuniti serta mewujudkan nilai jangka panjang dalam pasaran yang sentiasa berkembang,” katanya dalam kenyataan.

Terletak secara strategik dalam pelan induk KLGCC Resort seluas 145.68 hektar dan dikelilingi oleh kejiranan terkenal seperti Bukit Damansara, Mont Kiara, Sri Hartamas, Bangsar dan Taman Tun Dr. Ismail.

Pusat beli-belah itu turut melengkapkan ekosistem sedia ada yang turut merangkumi Menara KLGCC dan Pusat Konvensyen Sime Darby, sekali gus mengukuhkan kedudukan KLGCC Resort sebagai destinasi gaya hidup bersepadu terkemuka.

Azmir Merican berkata, sebagai syarikat hartanah yang berteraskan tujuan, fokus syarikat itu melangkaui pembangunan fizikal.

“Melalui KLGCC Mall, kami ingin mewujudkan ruang mesra dan mengalu-alukan semua tempat di mana perdagangan, budaya dan komuniti bersatu.

“KLGCC Mall bertujuan untuk meningkatkan pengalaman runcit kejiranan dengan gabungan jenama gaya hidup dan jenama baharu di pasaran.

“Ia meliputi lima aras dengan keluasan runcit 240,000 kaki persegi untuk memenuhi keperluan komuniti setempat, menjadikannya destinasi ideal untuk aktiviti keluarga dan keperluan harian,” ujarnya.

KLGCC Mall menggabungkan penglibatan komuniti, penemuan kulinari serta aktiviti kreatif, dengan penyewa utama seperti Jaya Grocer Signature, The Grounds of Serai dan Serai Hall oleh Serai Group, ACE Hardware, Asia Ballet Academy dan taman permainan kanak-kanak HarborLand pertama di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×