PETALING JAYA: Persidangan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 minggu ini diharapkan mampu menjadi pemangkin kepada kestabilan ekonomi rantau Asia Tenggara dan membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik antara negara anggota. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati orang ramai mahu persidangan itu membawa keputusan konkrit yang dapat menjamin kestabilan politik, memperkukuh ekonomi serantau dan meningkatkan peranan Malaysia di pentas antarabangsa. Seorang pekerja swasta, Azry Zuraidy, 28, berkata, penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN kali ini jelas…