KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mencuri tumpuan sidang Dewan Rakyat semalam apabila secara berseloroh menafikan wujudnya sebarang perselisihan antara beliau dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perkara itu disentuhnya ketika Datuk Willie Anak Mongin (GPS-Puncak Borneo) menimbulkan soal adakah PN bersetuju menyerahkan sepenuhnya hak Perjanjian Malaysia 1962 (MA63) khasnya kepada sektor pendidikan dan kesihatan sekiranya parti itu menjadi kerajaan. Hamzah berkata, usaha MA63 telah dimulakan…