PETALING JAYA: Inisiatif memperkenalkan setem cukai digital dengan ciri keselamatan mampu membanteras aktiviti pemalsuan selain meningkatkan kutipan hasil negara. Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Anis Rizana Mohd. Zanudin berkata, langkah tersebut mencerminkan komitmen kerajaan memperkukuh sistem percukaian negara serta memastikan hasil negara terpelihara daripada ketirisan. “JKDM berterima kasih kepada kerajaan kerana mempertimbangkan permohonan jabatan ini dan meluluskan peruntukan dalam Belanjawan 2026. “Peruntukan sebanyak RM700 juta bagi mempertingkatkan…