KUALA TERENGGANU: Seorang pelukis mural berjaya menyiapkan lukisan bersaiz gergasi di Pasar Payang di sini, hanya dalam tempoh seminggu. Dhiyaul Mohamad Ashraf Dawari, 34, berkata, mural terbesar di Kuala Terengganu itu dilukis bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang setiap hari dan keseluruhan proses dijalankan dari atas sebuah kren yang disewa khas. Katanya, projek itu adalah sebahagian daripada inisiatif kolaboratif bersama sebuah syarikat swasta melibatkan penghasilan mural di 13 negeri,…










