Selebriti berpesta mewah, warganet pertikai niat penganjuran majlis amal - Utusan Malaysia

Selebriti berpesta mewah, warganet pertikai niat penganjuran majlis amal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Penganjur majlis amal ‘Love Your W’, dikecam hebat apabila dikatakan gagal mengetengahkan fokus sebenar acara iaitu memberi kesedaran mengenai kanser payudara.

Kontroversi mula tercipta apabila warga maya beranggapan majlis tersebut hanyalah memaparkan artis papan atas Korea Selatan bergembira dalam pesta serba mewah.

Penyanyi rap, Jay Park, antara selebriti yang dikecam kerana menyanyikan lagu Mommae bercerita tentang keadaan payudara yang bertentangan dengan tujuan majlis itu.

Bagaimanapun, Jay Park tampil memohon maaf selain mengakui tiada niat menyinggung mana-mana pihak.

Selain itu, ahli kumpulan Aespa, Giselle dilihat seakan-akan mabuk meninggalkan majlis itu.

Peminat mula mempertikaikan tingkah lagu para artis dalam majlis amal.

Menerusi video yang tular, warga maya hi beranggapan acara itu hanyalah seladar pesta selebriti eksklusif tanpa kehadiran pesakit atau pakar perubatan yang sepatutnya menjadi sebahagian penting kempen kesedaran di peringkat global.

‘Love Your W’ merupakan acara tahunan sejak 2005 sebagai inisiatif amal untuk meningkatkan kesedaran dan pengesanan awal kanser payudara melalui pendekatan fesyen dan derma. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN