KUALA LUMPUR: Sektor kewangan perlu memainkan peranan penting sebagai pemacu keterangkuman dan pertumbuhan, di mana keuntungan perlu digabungkan dengan tanggungjawab sosial. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, prinsip kemanusian perlu menjadi teras dalam setiap proses membuat keputusan. Titah baginda, kewangan Islam di Malaysia yang wujud seiring dengan kewangan konvensional telah lama membuktikan bagaimana pasaran boleh berkhidmat kepada masyarakat. “Kewangan Islam menghubungkan modal dengan tujuan, menggalakkan pelaburan yang produktif dan…










