BUTTERWORTH: Pembahagian kerusi antara parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bulan depan hampir dimuktamadkan. Naib Presiden Amanah, Adly Zahari berkata, ketika ini, persiapan terakhir sedang giat dijalankan sebelum pengumuman rasmi dibuat. “Kita telah berunding dengan kepimpinan PH dan Barisan Nasional (BN), selain menjalin kerjasama dengan rakan-rakan dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS). “Semua pembahagian kerusi hampir selesai dan senarai calon sedang dimuktamadkan,” katanya selepas menghadiri…