PETALING JAYA: Lebuhraya Kajang–Seremban Sdn Bhd (Lekas) memaklumkan penutupan penuh sementara dari pukul 5 petang pada 11 Oktober 2025 hingga pukul 4 pagi pada 12 Oktober 2025. Ketua Pegawai Eksekutif Lekas, Wan Salwani Wan Yusoff berkata, penutupan itu bagi memberi laluan kepada acara berbasikal, RHB LEKAS Highway Ride 2025, yang kini memasuki edisi ke-10. Katanya, acara tahun ini akan menyaksikan penyertaan 6,017 orang peserta dari 23 negara, mencerminkan pertumbuhan berterusan…