PETALING JAYA: Rapid KL melanjutkan operasi tren pada waktu puncak, menambah kekerapan perjalanan, menempatkan petugas tambahan di stesen utama serta memperkukuh pemantauan operasi sepanjang tempoh Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bermula 26 hingga 28 Oktober ini. Kementerian Pengangkutan (MOT) berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha proaktif kerajaan mempertingkat kecekapan sistem pengangkutan awam bagi memastikan kelancaran pergerakan orang ramai serta delegasi antarabangsa sepanjang sidang berkenaan. “Langkah ini seiring dengan komitmen kerajaan…










