Rakyat Pahang diseru doa keselamatan sukarelawan  Global Sumud Flotilla 

Rakyat Pahang diseru doa keselamatan sukarelawan  Global Sumud Flotilla 

WAN ROSDY Wan Ismail (tiga dari kiri) ketika merasmikan Seminar Aspirasi Pahang 1st Tingkatan Enam di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seluruh rakyat negeri ini diseru bersama-sama mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang terlibat dengan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, rakyat juga dimintamendoakan dan meletakkan harapan agar 17 sukarelawan negara yang kini terputus hubungan dipercayai ditahan rejim Zionis mendapat perlindungan Allah SWT. 

“Kita sentiasa menyeru supaya segala bantuan yang dihantar kepada saudara seagama kita ini mendapat perlindungan Allah SWT.  Bukan setakat sekarang, bahkan sebelum ini pun kita telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Aspirasi Pahang 1st Tingkatan Enam di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini.

Berdasarkan maklumat Sekretariat NGO-NGO Palestin (SNCC), setakat pukul 7.50 pagi waktu Malaysia, seramai 17 rakyat Malaysia terputus hubungan selepas kapal mereka dipintas, selain sepuluh kapal kini berstatus ‘diserang’ manakala 13 kapal lagi menghantar isyarat kecemasan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN