Orang ramai berebut dapatkan penyaman udara, kipas kerana cuaca panas - Utusan Malaysia

Orang ramai berebut dapatkan penyaman udara, kipas kerana cuaca panas

DUA lelaki membawa kipas. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Suasana huru-hara tercetus di Perancis apabila orang ramai dilapor bergaduh sesama sendiri demi mendapatkan unit penyaman udara dan kipas angin menjelang gelombang haba yang dijangka membadai hujung minggu ini.

Kekacauan bermula selepas sebuah rangkaian pasar raya terkemuka berikrar untuk menyediakan 200,000 unit kipas dan alat penyaman udara di rak-rak jualan mereka pada Khamis. 

Pengumuman itu mencetuskan fenomena luar biasa apabila pelanggan sanggup beratur panjang di luar premis seawal sebelum subuh lagi.

Bagaimanapun, sebaik sahaja pintu kedai dibuka, beratus-ratus pelanggan meluru masuk ke dalam sehingga mencetuskan pergaduhan fizikal demi merebut peralatan elektronik berkenaan.

Beberapa video yang tular di media sosial memaparkan situasi tegang apabila golongan wanita dilihat menjerit dan menangis ketika merebut kipas.

Dua pelanggan wanita yang sedang bertelingkah terpaksa dileraikan oleh seorang lelaki.

Rakaman lain turut menunjukkan rempuhan ratusan manusia di laluan dalam pasar raya yang bertindak menyambar kotak-kotak produk dengan pantas.

Ia  sekali gus menyaksikan rak jualan licin dalam sekelip mata.

Wartawan tempatan melaporkan pihak polis terpaksa campur tangan selepas pelanggan mula bertumbuk dan melakukan apa sahaja cara demi memastikan mereka pulang dengan perkakas tersebut. Suhu dijangka melonjak mencecah 37 darjah Celsius pada hujung minggu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN