REMBAU: Seorang pemandu lori kontena tidak menyesal meninggalkan kerjaya tersebut selepas pekerjaan barunya sebagai tauke beruk yang memetik kelapa memberi pulangan lumayan hingga empat angka sebulan. Mohd. Emirul Fazli Mohd. Juhari, 41, berkata, keputusan itu dibuat selepas trip hariannya membawa muatan kapal dari Pelabuhan Klang, Selangor berkurangan sehingga menjejaskan pendapatan bulanannya lalu dia memilih pulang ke kampung. Pemuda yang berasal dari Gemas ini berkata, kemahiran itu dipelajari daripada arwah bapanya,…