Projek peluasan LTAPP berjalan lancar - Kon Yeow

Projek peluasan LTAPP berjalan lancar – Kon Yeow

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Projek peluasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) kini berjalan lancar dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) melaporkan kemajuan ketara bagi tiga pakej utama yang sedang dilaksanakan hasil inisiatif pembangunan bernilai kira-kira RM1.2 bilion yang bermula awal tahun ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, projek peluasan itu bukan sahaja meningkatkan kapasiti penumpang malah akan memposisikan negeri ini sebagai destinasi utama perniagaan dan pelancongan di rantau Utara Semenanjung.

“Kerja-kerja pemindahan dan perobohan laluan teksi (taxiway) sedia ada juga sedang dilaksanakan sebagai sebahagian daripada fasa penting menaik taraf operasi kawasan udara lapangan terbang itu,” katanya selepas menerima taklimat perkembangan terkini projek berkenaan di sini, hari ini.

MAHB berkata, Pakej Kerja 1 (WP01) yang melibatkan pembinaan bangunan sokongan dan infrastruktur berkaitan mencatat kemajuan lebih pesat dengan kerja asas pejabat, stesen jauh, sistem mekanikal dan elektrik, kejuruteraan awam serta pemasangan ICT kini mencapai 71 peratus siap.

“Pakej Kerja 3 (WP03) pula akan menumpukan kepada pembinaan terminal domestik dan antarabangsa baharu selain kerja landskap, jalan raya serta pemindahan infrastruktur voltan tinggi dan rendah yang dijangka meningkatkan kecekapan keseluruhan operasi lapangan terbang.

“Walaupun kadar kemajuan WP03 belum diumumkan MAHB mengesahkan semua pakej berjalan mengikut jadual dalam tempoh pembinaan empat tahun bermula 2024 hingga 2028, tanpa sebarang kelewatan besar setakat ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN