Polis siasat video tular lelaki bertopeng serang kanak-kanak

Polis siasat video tular lelaki bertopeng serang kanak-kanak

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menjalankan siasatan berhubung penularan rakaman video seorang lelaki bertopeng didakwa menyerang kanak-kanak di kawasan kampung sekitar Subang Jaya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, video yang tular di media sosial baru-baru ini telah dipadamkan daripada semua platform.

“Bagaimanapun, siasatan telah dilakukan bagi mengenal pasti individu terlibat dan memastikan ketenteraman awam tidak terjejas.

“Setakat ini, kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang unsur jenayah atau ancaman keselamatan kepada orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, seorang pengguna laman sosial mendakwa terdapat seorang lelaki bertopeng membawa senjata parang dan pisau mengejar anaknya dan rakan pada pukul 9.30 malam.

Dakwa lelaki itu, anaknya dikatakan keluar mencari kucing hilang di sekitar rumahnya dan lorong bersebelahan kawasan itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×