MELAKA: Polis membuka kertas siasatan berhubung satu video tular memaparkan trak pikap jenis Isuzu yang mempunyai pelekat bertulisan Hebrew membawa maksud “Malaysia adalah rumah kita/Malaysia di tangan kami.” Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, laporan polis berhubung video berdurasi 14 saat itu dibuat seorang lelaki yang juga pegawai khas agama kepada Ketua Menteri Melaka pada pukul 3.32 petang semalam. “Video tersebut dimuat naik melalui aplikasi Threads dan memaparkan sebuah…