GEORGE TOWN : Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) menyambut baik usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksanakan rondaan di sekolah-sekolah berasrama dalam usaha membantu mencegah kejadian buli daripada berleluasa. Pengarahnya, Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata, pihaknya bersikap terbuka dalam hal ini dan bersedia untuk membuka seluas-luasnya ‘pintu’ kepada pihak berkuasa bagi tujuan berkenaan. “Kami sambut baik usaha ini dan satu mesyuarat juga akan diadakan dalam masa yang terdekat bersama…