Polis Johor gempur 'port lepak' pelajar bermotosikal

Polis Johor gempur ‘port lepak’ pelajar bermotosikal

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Lokasi sekumpulan pelajar sekolah melepak selepas tamat waktu persekolahan digempur polis menerusi Op Didik susulan aduan diterima daripada guru disiplin sekolah berkenaan di Taman Puteri Wangsa, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengeluarkan enam saman terhadap pelajar sekolah atas kesalahan trafik.

Katanya, operasi tersebut dijalankan seramai sembilan anggota bermula pukul 1 petang.

“Sebanyak 19 motosikal diperiksa melibatkan 29 pelajar sekolah. Hasil pemeriksaan, empat saman dikeluarkan kerana tiada cermin sisi manakala dua saman lagi kerana tiada nombor pendaftaran.

“Selain pemeriksaan, polis turut memberi teguran serta nasihat kepada pelajar terlibat bagi memastikan mereka mengamalkan pemanduan berhemah, memakai topi keledar dan mematuhi undang-undang jalan raya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Raub, operasi berkenaan merupakan inisiatif komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan bagi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan pelajar.

“Kita berharap usaha ini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya melibatkan pelajar serta meningkatkan kesedaran sivik remaja.

“IPD Johor Bahru Selatan akan meneruskan program pencegahan dan pendidikan secara berkala khususnya di kawasan sekolah dan lokasi tumpuan pelajar bagi memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN