Nahas penunggang RXZ :Jenazah Mohd. Aizat selamat kebumi di Besut

Nahas penunggang RXZ :Jenazah Mohd. Aizat selamat kebumi di Besut

AHLI keluarga menyiram air mawar di pusara  Allahyarham Mohd. Aizat Husni di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Payong, Besut Terengganu. -  UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Jenazah seorang lagi penunggang motosikal Yahama RXZ yang maut dalam nahas di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) berhampiran Jabor, Kuantan, Pahang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Payong di sini, malam ini.

Jenazah Mohd. Aizat Husni, 33, selamat dikebumikan kira-kira pukul 10.15 malam.

Kira-kira 200 ahli keluarga, saudara-mara dan penduduk menghadiri upacara pengebumian itu untuk memberi penghormatan terakhir.

Terdahulu jenazah Mohd. Aizat dibawa ke Masjid Kampung Bukit Payong, Hulu Besut di sini, untuk disembahyangkan.

Allahyarham Mohd. Aizat merupakan antara empat penunggang motosikal Yahama RXZ yang maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 246.4 LPT awal pagi tadi.

Terdahulu mereka dikatakan dalam perjalanan pulang selepas menyertai aktiviti konvoi motosikal Yamaha RXZ ke sebuah restoran masakan kampung popular di Kuantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN