ALOR SETAR: Cadangan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Pulau Pinang mahu kembali tampil dengan identiti mereka iaitu menggunakan logo parti sendiri pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) boleh dipertimbangkan oleh Perikatan Nasional (PN). Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, perkara itu boleh diketengahkan dalam mesyuarat PN akan datang untuk dibincangkan secara lebih mendalam. Beliau berkata, pihaknya tidak melihat cadangan Gerakan itu akan menimbulkan sebarang…