PINJAMAN Kerajaan Persekutuan kekal sebagai instrumen fiskal utama untuk membiayai defisit dan membiayai semula hutang matang, menurut laporan Tinjauan Ekonomi. Menurut laporan, pada 2025, jumlah pinjaman kasar dianggarkan terus berkurang kepada RM184 bilion atau 9.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negar Kasar (KDNK) (2024: RM197.5 bilion; 10.2 peratus daripada KDNK) yang diperoleh sepenuhnya menerusi pasaran modal domestik selaras dengan usaha konsolidasi fiskal. “Daripada jumlah ini, RM106.8 bilion diperuntukkan untuk bayaran balik…










