DUNGUN: Permohonan perintah tahanan reman terhadap seorang usahawan hartanah dan adiknya yang disyaki terlibat dalam kes penipuan urus niaga tanah, ditolak Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas alasan dia pernah dipanggil untuk siasatan kes itu. Majistret Nur Amira Fatihah Osman membuat keputusan itu selepas permohonan reman dibuat polis untuk siasatan kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Usahawan hartanah bergelar Datuk berusia 38 tahun itu bersama adiknya berusia 31 tahun …










