PERMINTAAN domestik dijangka berkembang sebanyak 5.4 peratus pada 2026 dipacu oleh peningkatan perbelanjaan sektor swasta yang mencatat 5.7 peratus, menurut Tinjauan Ekonomi 2026. Jelasnya, aktiviti penggunaan dan pelaburan yang kukuh mengekalkan sumbangan signifikan sektor swasta sebanyak 4.5 mata peratusan (ppt) kepada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK). “Sementara itu, perbelanjaan awam dijangka meningkat sebanyak 4.4 peratus dan menyumbang 0.8 ppt kepada pertumbuhan keseluruhan,” katanya. Tinjauan itu berkata, penggunaan swasta diunjur…