PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk menyampaikan syarahan di Oxford pada awal 2026, selepas menerima jemputan rasmi daripada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS), baru-baru ini. Jemputan itu diterima semasa OCIS meraikan ulang tahunnya yang ke-40 dengan satu majlis makan malam istimewa di ibu negara, pada 29 September lalu. Menerusi kenyataan akhbar, syarahan itu sebagai penghargaan terhadap hubungan rapat Malaysia dan Asia dengan OCIS, khususnya dalam mempromosikan…