PERBELANJAAN Pembangunan (DE) dianggar berkurang sebanyak 4.8 peratus kepada RM80 bilion terutamanya disebabkan oleh keperluan perbelanjaan yang lebih rendah bagi sektor ekonomi pada 2025. Menurut Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan, peruntukan juga disalurkan secara strategik mengikut keutamaan projek bagi memastikan sumber diagihkan secara optimum selaras dengan pelan pembangunan bagi tahun terakhir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). “Sektor ekonomi kekal sebagai penerima terbesar iaitu 45.8 peratus diikuti oleh sosial (34.7…