Perak bersyukur berjaya bawa pulang tiga mata - Utusan Malaysia

Perak bersyukur berjaya bawa pulang tiga mata

PEMAIN Perak meraikan jaringan ketika menentang ATM dalam saingan Liga A1 Semi-Pro di Stadium Mindef di Kuala Lumpur. - IHSAN PERAK FA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak bersyukur apabila berjaya mengutip mata penuh selepas menang 2-1 ke atas Armed Forces (ATM) dalam saingan Liga A1 Semi-Pro 2025-2026 pada perlawanan di Stadium Mindef di Kuala Lumpur kelmarin.

Ketua Jurulatih Perak, Syamsul Mohd Saad memuji persembahan baik pemain yang mempamer semangat juang tinggi biarpun menghadapi masalah kekurangan pemain import sebelum perlawanan.

“Sebenarnya kami ke tempat lawan dengan misi tidak mahu kalah kerana dua hari sebelum perlawanan, kami kehilangan seorang lagi pemain import iaitu pertahanan Aliyu Abubakar kerana kecederaan.

“Sebelum ini Christian pula terpaksa pulang sementara ke Nigeria atas urusan keluarga. Jadi kami berdepan ATM dengan hanya seorang pemain import namun kami berjaya mengatasi masalah itu dan membawa pulang mata penuh, ” katanya.

Menurut Syamsul, pada perlawanan tersebut, Perak bermula pada dengan sangat baik dan berjaya mendapatkan dua gol awal pada separuh pertama.

“Bagaimanapun kami hilang rentak selepas mendahului 2-0, menyaksikan ATM mula menekan dan mengasak pantas setiap kali kami menguasai bola, ” ujarnya.

Syamsul mengakui kecewa dengan beberapa peluang gol yang gagal dijaringkan oleh pemain.

“Kami berjaya mencipta peluang yang cukup banyak untuk terus membunuh semangat ATM.

“Tetapi banyak peluang terhidang gagal disudahkan. Ini memberi moral baru pada ATM pada babak kedua, ” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN