Penyertaan dalam ASEAN kukuhkan Timor Leste

Penyertaan dalam ASEAN kukuhkan Timor Leste

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyertaan Timor Leste dalam ASEAN penting agar negara tersebut menjadi sebahagian daripada keluarga serantau yang lebih besar dan kukuh bersama.

Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Timor Leste, Bendito Freitas berkata, perkara tersebut adalah satu detik bersejarah bagi mereka.

“Ia merupakan detik bersejarah bagi Timor Leste kerana akhirnya kami menyertai ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 esok.

“Kami amat menghargai sokongan daripada Malaysia selaku pengerusi serta negara-negara lain.

“Sangat penting bagi kami untuk satu suara dan menjadi sebahagian daripada keluarga serantau yang lebih besar agar kita dapat menjadi lebih kuat dan bangkit bersama,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Bersama Menteri-Menteri Luar dan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Terdahulu, Bendito telah menyerahkan Instrumen Penyertaan Timor Leste kepada Piagam ASEAN, sekali gus membuka jalan bagi kemasukannya sebagai anggota rasmi dalam kumpulan serantau itu.

Dokumen rasmi ini ditandatangani sebagai sebahagian daripada proses untuk menjadi ahli rasmi ASEAN yang bermakna negara tersebut bersetuju untuk mematuhi Piagam ASEAN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN