Penyata kewangan  Pahang diberi pengiktirafan tinggi Ketua Audit Negara

Penyata kewangan Pahang diberi pengiktirafan tinggi Ketua Audit Negara

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan negeri merakamkan penghargaan atas pengiktirafan Laporan Ketua Audit Negara menerusi pemberian Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion) bagi Penyata Kewangan Tahun 2024.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sama seperti 2023, kejayaan itu membuktikan kecekapan tadbir urus dan pengurusan kewangan kerajaan negeri yang berteraskan akauntabiliti, ketelusan serta integriti, sejajar dengan semangat Aspirasi Pahang 1st.

“Kerajaan negeri akan terus memperkukuh disiplin fiskal, meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan serta memastikan hasil negeri dimanfaatkan sepenuhnya untuk kesejahteraan rakyat.

“Pencapaian ini menjadi pengiktirafan terhadap komitmen berterusan pentadbiran kerajaan negeri dalam membina Pahang yang makmur, berdaya saing dan berintegriti,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pahang antara empat negeri yang menerima sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion) untuk penyata kewangan kerajaan negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2024.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi dilaporkan berkata, selain Pahang tiga negeri lain yang turut menerima sijil itu ialah Melaka, Pulau Pinang dan Terengganu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN