PONTIAN: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terlibat kemalangan jalan dengan Axia di KM0.4 Jalan Pontian – Kukup, di Kampung Rimba Terjun di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, mangsa, Muhammad Zaid Iqmal Abdul Razib berusia 26 tahun, beralamat di Lorong Warisan Kampung Rimba Terjun. Katanya, mengikut fakta kes, mangsa menunggang motosikal Honda CBR250 dari arah Pontian ke Kukup, semasa sampai ke lokasi…