Peniaga tidak mengaku cederakan mangsa kemalangan

Peniaga tidak mengaku cederakan mangsa kemalangan

MOHD. Zakila Isa (kiri) semasa menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Majistret Pasir Mas, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menendang muka seorang lelaki yang terlibat kemalangan sehingga patah tulang hidung di Kampung Lubok Kawah dekat sini pada tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Zakila Isa, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Majistret Syed Farid Syed Ali dan mohon untuk dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas seorang lelaki berusia 24 tahun di Kampung Lubok Kawah di sini, sekitar pukul 6 petang pada 10 April tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Baihaqy Mohd Saidi manakala tertuduh diwakili peguam, Rifzan Rosli.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dan seorang penjamin dan tertuduh dibebaskan selepas membayar jaminan tersebut. Mahkamah menetapkan tarikh  20 November ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×