Pembantu kedai makan didakwa ‘tindih badan’ adik ipar

Pembantu kedai makan didakwa ‘tindih badan’ adik ipar

TERTUDUH diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Alor Gajah, Melaka atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang pembantu kedai makan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik iparnya yang berusia 14 tahun, Ahad lalu.

Tertuduh yang berusia 24 tahun membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Aiza Khairuddin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun dengan cara menindih badannya ke atas badan mangsa.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 6.30 pagi di sebuah rumah di Kampung Solok Mangga, Tanjung Bidara dalam daerah Alor Gajah pada 12 Oktober 2025.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah akta sama.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ali Hussain mencadangkan jaminan berjumlah RM30,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap 17 hari bulan sehingga kes selesai dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dipohon pendakwaan dan menetapkan 24 November ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN