PETALING JAYA: Pemandu lori simen maut selepas kenderaan berat dipandunya hilang kawalan dan terbalik sebelum terbakar di kilometer (KM) 28 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), sekitar Genting Sempah di sini, awal pagi hari ini. Mangsa Muhammad Izzat Kamaruddin, 28, disahkan maut oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikerah…