Penduduk sempadan beri Mykad kepada penyeludup seleweng BUDI95 - Utusan Malaysia

Penduduk sempadan beri Mykad kepada penyeludup seleweng BUDI95

AZMAN Ismail (kiri) melihat keadaan rumah semasa Penyerahan Kunci Rumah Rahmah di Mukim Che Latiff, Pantai Mek Mas, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Segelintir penduduk di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini sanggup bersekongkol dan menyerahkan Mykad mereka kepada penyeludup bagi membolehkan petrol bersubsidi berharga RM1.99 seliter itu diseludup ke Thailand.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Kelantan, Azman Ismail berkata, walaupun tiada sebarang kes dikesan namun pihaknya tidak menolak kemungkinan tersebut boleh berlaku.

“Soal menggunakan Mykad individu tertentu membeli petrol di stesen minyak di kawasan sempadan tidak menjadi kesalahan, namun ia mendorong kepada penyeludupan.

“Bagaimanapun, kouta 300 liter sebulan itu tetap terpakai. Walaupun harga RM2.60 bukan harga subsidi, minyak tetap dikategorikan sebagai barangan kawalan. Tindakan menyeludup petrol ke Thailand tetap salah dan boleh diambil tindakan,” katanya semasa Penyerahan Kunci Rumah Rahmah di Mukim Che Latiff, Pantai Mek Mas, di sini hari ini.

Azman berkata, walaupun petrol tanpa subsidi dijual pada harga RM2.60, penyeludup tetap memperoleh untung bersih sekitar RM90 bagi satu tong 30 liter.

Katanya, hal ini kerana petrol RON95 di Thailand masih dijual pada harga RM5.30 seliter. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN