Lelaki rempuh kenderaan di Jalan Oya positif dadah, direman tiga hari

Lelaki rempuh kenderaan di Jalan Oya positif dadah, direman tiga hari

Suspek (kiri) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas tahanan remannya dibenarkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cherine Jon

Pix 1 – Suspek (kiri) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas tahanan remannya dibenarkan.

Pix 2 – Tangkap layar melalui video yang memaparkan suspek ketika merempuh sebuah motosikal sebelum merempuh beberapa kenderaan di depannya.

H – Lelaki rempuh kenderaan di Jalan Oya positif dadah, direman tiga hari

SIBU: Lelaki yang bertindak merempuh beberapa buah kenderaan di Jalan Oya di sini semalam direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Oon Kork Chern selepas menerima permohonan yang dikemukakan oleh pegawai penyiasat, Inspektor Nurul Farhana Fadzil.

Suspek berusia 25 tahun itu akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya, serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili dalam kenyataan malam tadi mengesahkan suspek telah ditahan tidak lama selepas kejadian dan hasil ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis amphetamin.

Penahanan suspek dibuat selepas rakaman video berdurasi satu minit 29 saat yang dimuat naik dalam laman sosial menunjukkan kereta Perodua Kenari berwarna putih dipandunya merempuh sebuah motosikal sehingga penunggangnya terjatuh.

Suspek kemudian dilihat melarikan diri dengan terus memandu dan melanggar beberapa kenderaan lain di hadapannya.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 11.35 pagi itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN