KUALA LUMPUR: Tabung Solidariti Najib Razak mencatat kutipan sebanyak RM634,562.02 dalam tempoh tiga jam selepas dilancarkan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ramai penyumbang memberikan sumbangan serendah RM10 dan RM50 sebagai tanda solidariti terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Terdahulu, UMNO melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu bekas Perdana Menteri itu membayar denda RM50 juta.
Perkara itu susulan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib bagi menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.
Keputusan itu dibuat susulan Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.-UTUSAN











