Pekerja kilang minyak kelapa sawit maut jatuh dalam mesin pengisar konveyor

Pekerja kilang minyak kelapa sawit maut jatuh dalam mesin pengisar konveyor

Mangsa dipercayai terjatuh di dalam mesin pengisar konveyor ketika cuba mengalihkan serpihan batu. GAMBAR/ IHSAN JBPM SABAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELURAN: Seorang pekerja lelaki maut selepas terjatuh di dalam mesin pengisar konveyor ketika cuba mengalihkan serpihan batu, di sebuah kilang kelapa sawit dekat sini, pagi tadi.

Mangsa berusia 32 tahun dipercayai sedang bertugas di bahagian bawah mesin berkenaan manakala bahagian kawalan dikendalikan oleh penyelia yang bertugas bersamanya sebelum kejadian itu berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 6.20 pagi dan bertindak menggerakkan tujuh anggotanya ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, mangsa sudah dikeluarkan oleh pekerja kilang dengan bantuan pegawai polis sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Hasil maklumat diterima, mangsa dipercayai terjatuh ke ruang pengisar mesin secara tidak sengaja ketika cuba mengalihkan serpihan batu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Beluran bagi tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN