Pekerja inap desa dipenjara enam bulan ‘skodeng’ usahawan wanita mandi

Pekerja inap desa dipenjara enam bulan ‘skodeng’ usahawan wanita mandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja inap desa dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan pencerobohan dan mengintai seorang usahawan wanita yang sedang mandi di sebuah inap desa di Kampung Jeram, Manir, Ogos lalu.

Ahmad Farhan Rizal Abdullah, 29, membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood. Berdasarkan pertuduhan pertama, Ahmad Farhan didakwa dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan melihat kemaluannya kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 26 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan bermula dari tarikh sabitan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu bagi pertuduhan kedua, tertuduh mengaku bersalah melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki premis penginapan yang digunakan sebagai tempat tinggal pada masa dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bermula dari tarikh sabitan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali manakala kedua-dua hukuman dijalankan serentak selepas hukuman dijatuhkan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN