PBB dan OIC perlu tekan Israel bebaskan peserta flotila

PBB dan OIC perlu tekan Israel bebaskan peserta flotila

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua komuniti antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) wajib bangkit menekan Israel supaya segera membebaskan semua anggota flotilla tanpa syarat serta memastikan saluran bantuan ke Gaza tidak lagi diganggu.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Amerika Syarikat (AS) yang selama ini melindungi Israel digesa menggunakan kuasa dan pengaruh untuk memberi tekanan kepada rejim Zionis bagi membebaskan serta membenarkan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) terus berlayar ke Gaza. 

Katanya, suara solidariti bersama Palestin tidak akan pernah padam selagi kekejaman Israel tidak dihentikan.

“Saya juga menyeru agar komuniti antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan seluruh dunia bangkit menekan Israel supaya segera membebaskan semua anggota flotilla tanpa syarat serta memastikan saluran bantuan ke Gaza tidak lagi diganggu.

“Marilah kita sebagai rakyat Malaysia bersama-sama mendoakan keselamatan sukarelawan Malaysia dan sukarelawan negara lain dilindungi Allah SWT dan seterusnya selamat kembali ke tanah air,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Ismail Sabri berkata, seluruh dunia wajib mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel menahan anggota GSF yang menyertai misi kemanusiaan membawa bantuan ke Gaza.

“⁠Penahanan mereka membuktikan sekali lagi Israel bukan sahaja melanggar undang-undang antarabangsa, malah menghalang bantuan kemanusiaan untuk sampai kepada rakyat yang sedang menderita.

“⁠Tindakan rejim apartheid Zionis ini juga adalah penghinaan kepada masyarakat dunia yang telah bangkit dan berterusan mendesak Israel supaya menghentikan perang ini,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN