Pasang CCTV di 200 sekolah siap bulan depan

Pasang CCTV di 200 sekolah siap bulan depan

WAN Hashim Wan Rahim (tengah) bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Persaraan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu 2025 di Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN / NURSYASYA NADHIRAH ZABIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pemasangan ka­mera litar tertutup (CCTV) di 200 buah sekolah berisiko tinggi di seluruh negara dijangka siap sepenuhnya menjelang bulan depan.

Timbalan Ketua Setiausaha Ke­menterian Pendidikan (Perancangan dan Pembangunan), Datuk Wan Hashim Wan Rahim berkata, langkah itu adalah fasa permulaan pelaksanaan pemasangan CCTV bagi memper­kukuh aspek keselamatan pe­lajar di kawasan sekolah dan as­rama.

Katanya, kerja pemasangan bermula sejak Ogos lalu dengan peruntukan sebanyak RM3 juta yang diumumkan oleh Kerajaan Madani.

“Kita telah kenal pasti se­kurang-kurangnya 200 sekolah yang mempunyai risiko tinggi melibatkan kejadian se­perti buli dan salah laku pelajar. Kerja pemasangan sedang berjalan dan dijangka siap sepenuhnya sebelum penutupan akaun kerajaan pada awal Disember ini,” katanya selepas Majlis Persaraan Jabatan Pendidikan Ne­geri Terengganu 2025 di sini, semalam.

Wan Hashim berkata, pelaksanaan itu bukan sahaja membantu meningkatkan pemantauan keselamatan di sekolah tetapi memudahkan siasatan se­kiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Beliau berkata, lokasi dan bilangan kamera di setiap sekolah ditentukan mengikut keperluan serta nasihat daripada Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengelak pelanggaran aspek privasi.

“Kita tidak boleh pasang secara sembarangan kerana ada isu privasi membabitkan pelajar dan guru. Oleh itu, pemilihan lokasi pemasangan dibuat dengan teliti bagi memastikan CCTV memberi impak positif kepada keselamatan. Mungkin ada yang lapan unit kamera atau mungkin ada yang 10 unit,” katanya.

Menurutnya, KPM turut ber­cadang memperluas pemasangan CCTV ke lebih banyak sekolah pada masa depan sekiranya pelaksanaan fasa pertama itu menunjukkan hasil yang positif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×