KUALA LUMPUR: Pas bersedia bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bagi menunjukkan bantahan penindasan rakyat Palestin sekiranya hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 nanti. Bagaimanapun Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sekiranya Trump tidak mahu berjumpa, pihaknya akan membuat protes besar-besaran. “Yang pertama, kita kena pastikan dia datang. Kalau betul dia datang, apa salah kita sebagai rakyat Malaysia untuk berjumpa menunjukkan bantahan. “Sekiranya dia (Trump) tak nak berjumpa.…