KUALA LUMPUR: Pas menafikan rakaman audio tular yang mendakwa kononnya terdapat perjumpaan pimpinan tertinggi parti itu dengan Bersatu bagi membincangkan cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai calon Perdana Menteri pada PRU-16. Bagaimanapun Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak menafikan terdapat perjumpaan Pas bersama Bersatu, Gerakan dan MIPP bagi membincangkan hal ehwal semasa. Beliau berkata, mesyuarat dan perbincangan tidak rasmi sering diadakan sama ada di pejabat, lokasi…