Lembaga Disiplin Bersatu sasar Hamzah?

Lembaga Disiplin Bersatu sasar Hamzah?

WAN AHMAD FAYHSAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebenarnya menyasarkan Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk dikenakan tindakan.

Katanya, ketika dipanggil memberi keterangan sebelum ini, soalan yang diajukan banyak berkaitan peranan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.

“Fokus sebenar Lembaga Disiplin ialah Ketua Pembangkang. Kami hanya menjadi kes sampingan,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen, hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal berkata,  dia dan beberapa ahli lain mahu menganjurkan program ‘Jelajah Selamatkan Maruah Parti Bersatu untuk menerangkan isu kepada ahli akar umbi tetapi dihalang Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Setiausaha Agung mengeluarkan arahan melarang ahli parti bertemu dengan kami yang dikenakan tindakan disiplin,” katanya.

Beliau berkata, proses rayuan tidak boleh diteruskan kerana Lembaga Rayuan gagal bersidang.

“Rayuan kami diterima Pengerusi Lembaga Rayuan, Datuk Seri Zulkifli Nordin, tetapi beliau kini satu-satunya ahli lembaga yang tinggal,” katanya.

Menurut perlembagaan parti, Lembaga Rayuan memerlukan tiga ahli untuk bersidang, dan kekosongan itu belum diisi oleh Majlis Pimpinan Tertinggi.

Disebabkan itu, rayuan tidak dapat diproses dan tiada keputusan muktamad dapat dibuat.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, kelewatan itu sebagai satu ketidakadilan kepada mereka yang dikenakan tindakan disiplin.

“Selagi lembaga tidak bersidang, selagi itu tiada penyelesaian bagi kes kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×