KUALA LUMPUR: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) dinasihatkan tidak menjadi ‘lebih Hamas daripada Hamas’ dalam mengkritik isu kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sempena Sidang kemuncak ASEAN ke-47 nanti. Nasihat itu diberikan Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin selepas Wan Fayhsal mendesak kerajaan membatalkan undangan kepada Trump. “Hamas menyambut baik rancangan (20 perkara) yang diberikan oleh Trump. Jadi kenapa kita tak bantu, tak sokong pendirian ini? “Jangan…