KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk menggabungkan semua institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah satu kementerian, sebaliknya memilih pendekatan penyelarasan berpusat lebih praktikal bagi memperkukuh ekosistem TVET negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan itu dilaksanakan dengan memperkukuh dasar serta inisiatif strategik di peringkat nasional bagi memastikan pelaksanaan TVET lebih tersusun dan berkesan. Katanya, sebagai langkah utama, kerajaan telah menubuhkan Majlis…